Sajian istimewa nakuih
Rutin harian bagi seorang ibu pastinya amat meletihkan.Selain melayani karenah anak-anak,perlu juga ke dapur untuk memasak.Perkara ini perlu dilalui oleh setiap ibu yang kini aktif dengan tugasan harian.Namun,kesibukan bukan alasan bagi ibu untuk menghidangkan pencuci mulut kegemaran keluarga.Untuk berkongsi resepi yang diwarisi daripada keluarga bolehlah mencuba menyediakan hidangan ini kerana ianya mudah disediakan dan kurang manis.


Bahan-bahan ( Loyang bulat 6" x 3" )
- Bahan A :
- 1 tin susu cair
- 5 sudu besar gula
- 3 biji telur Gred A
- 1 sudu kecil esen vanila
- Bahan B :
- 1 tin susu cair
- 5 sudu besar gula
- 3 biji telur Gred A
- 4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat
- Bahan C :
- 2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)
Cara-cara
- Kacau Bahan A dan Bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
- Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang.
- Masukkan ¾ cawan adunan Bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.
- Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan Bahan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis.
- Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.
- Potong dan hidang.
No comments:
Post a Comment